ZTE Jangka Raih Keuntungan Bersih Lebih RM737j Menjelang Pertengahan Pertama Tahun 2019 Comments Off on ZTE Jangka Raih Keuntungan Bersih Lebih RM737j Menjelang Pertengahan Pertama Tahun 2019

Mungkin ZTE tidak begitu popular dalam pembuatan telefon pintar jika dibandingkan dengan jenama lain dari China, tetapi ia sebenarnya merupakan pengeluar peralatan telekomunikasi kedua terbesar di negara itu.

Melalui laporan kewangan yang dikongsikan oleh ZTE, syarikatnya telah mencatatkan perolehan sebanyak CNY22.2 bilion (kira-kira RM13.64 bilion) iaitu penurunan sebanyak 19.3% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Penurunan tersebut dikatakan berpunca daripada pemberhentian kegiatan operasi utama hampir empat bulan bemula April 2018 berikutan sekatan yang dikenakan oleh AS kerana melanggar peraturan eksport di negara itu.

ZTE Axon 10 Pro merupakan antara telefon pintar terawal yang diperkenalkan dengan sokongan 5G.

Tetapi perkara itu tidak melemahkan ZTE kerana mereka telah menjangkakan keuntungan bersih iaitu sekitar CNY1.2 bilion (kira-kira RM737 juga) hingga CNY1.8 bilion (kira-kira RM1.1 bilion) menjelang pertengahan tahun 2019 nanti. Perolehan itu dikatakan akan disumbangkan melalui peruntukan R&D yang difokuskan untuk pembangunan teknologi 5G.

Bahkan di dalam acara MWC di Barcelona yang berlangsung pada Februari 2019 yang lalu, Naib Presiden ZTE iaitu Eddy Tang turut mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mendapatkan enam kontrak 5G komersial, serta terpilih sebagai pembekal utama peralatan 5G untuk China Mobile, China Unicom dan juga China Telecom.sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend