ZTE Blade V9 Dan Blade V9 Vita, Peranti Qualcomm Kelas Pertengahan 1 257

Nampaknya tahun 2018 ini boleh dikatakan sebagai tahun peralihan besar-besaran pengeluar telefon pintar dari pelbagai jenama untuk menggunakan paparan skrin dengan nisbah 18:9. ZTE juga tidak mahu ketinggalan apabila menggunakan pentas MWC 2018 ini untuk melancarkan dua model baharunya iaitu ZTE Blade V9 dan juga Blade V9 Vita.

ZTE Blade V9 (kiri) dan ZTE Blade V9 Vita (kanan), kedua-duanya menyokong paparan 18:9.

Jika dilihat pada rekaan fizikal kedua-dua varian yang menampilkan paparan skrin bernisbah 18:9 ini, ia kelihatan sama sahaja. Namun begitu, ZTE telah menawarkan sokongan spesifikasi yang sedikit lebih baik pada Blade V9 berbanding Blade V9 Vita dengan sokongan paparan skrin IPS LCD yang lebih besar berukuran 6.0 inci FHD+. Ia juga dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, pilihan ruang storan 32GB/RAM 3GB atau 64GB/RAM 4GB, dua kamera utama beresolusi 16 Megapiksel + 5 Megapiksel, dan juga kamera depan 8 Megapiksel.

ZTE Blade V9 tampil dengan panel belakang kaca yang sangat memukau. Antara tiga warna pilihan yang ditawarkan iaitu Gold, Blue dan Black.

ZTE Blade V9 Vita pula menawarkan sokongan spesifikasi yang berbeza iaitu skrin 5.45 inci IPS LCD HD+, dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 435, pilihan memori yang lebih kecil iaitu 16GB/RAM 2GB atau 32GB/RAM 3GB, dua kamera utama 13 Megapiksel + 2 Megapiksel, serta kamera depan 8 Megapiksel.

ZTE Blade V9 Vita pula hadir dengan panel belakang plastik. Antara warna pilihan iaitu Dark Blue, Blue dan Pink.

Kedua-dua model ini menyokong kapasiti bateri yang sama besar iaitu 3200 mAh, dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo dan juga didatangkan dengan ciri keselamatan biometrik menggunakan kaedah pengecaman wajah. ZTE Blade V9 akan dijual pada harga €269 (kira-kira RM1,283) dan ZTE Blade V9 Vita pula dijual pada harga yang lebih rendah iaitu €179 (kira-kira RM853).

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend