ZTE Blade A3 2020 Berharga RM249 Kini Dibuka Untuk Pra-Tempah Eksklusif Di Shopee Comments Off on ZTE Blade A3 2020 Berharga RM249 Kini Dibuka Untuk Pra-Tempah Eksklusif Di Shopee

ZTE Malaysia hari ini telah memperkenalkan model mampu milik terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan penawaran ZTE Blade A3 2020. Ditawarkan pada harga RM249, pra-tempah model ini telahpun dibuka bermula 24 hingga 26 April, eksklusif di Shopee.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu merah dan biru, ZTE Blade A3 2020 telah dikuasakan dengan cipset Spreadtrum SC9832E empat teras berkelajuan 1.4GHz, memori 1GB + 32GB, skrin 5.45 inci HD+, dan juga bateri berkapasiti 2600mAh.

Pembelian ZTE Blade A3 2020 secara pra-tempah akan turut menerima hadiah percuma berupa Genai Powerbank bernilai RM49 (terhad untuk 50 pembeli terawal), pelindung skrin TPU, dan juga USB Pengecas Kereta ZTE (selagi stok masih ada).

  • Miliki ZTE Blade A3 2020 berharga RM249, eksklusif di Shopee

Promosi Raya Bersama Shopee:

Sebagai salah satu jenama yang menyertai kempen ‘Raya Bersama Shopee’, ZTE turut menyediakan tawaran eksklusif iaitu ZTE Blade A7 (2GB + 32GB) berharga RM359 (RM379), dan juga ZTE Blade V10 Vita (3GB + 64GB) berharga RM399 (RM599).

Selain itu anda juga boleh mendapatkan baucar di Shopee untuk menikmati rebat sehingga RM50. Ini bermakna anda boleh mendapatkan barang keperluan harian pada harga serendah RM10 dengan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM19.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend