ZTE Axon 10s Pro Didedahkan Secara Rasmi Sebagai Peranti Snapdragon 865 Pertama Di Dunia Comments Off on ZTE Axon 10s Pro Didedahkan Secara Rasmi Sebagai Peranti Snapdragon 865 Pertama Di Dunia

Di dalam majlis pelancaran Qualcomm Snapdragon 865 yang berlangsung pada awal bulan ini, Xiaomi dan Meizu telahpun mengumumkan akan menjadi antara pengeluar telefon pintar pertama yang hadir dengan sokongan cipset tersebut.

Namun apa yang mengejutkan, ZTE secara tiba-tiba telah mengadakan acara khas yang mendedahkan telefon pintar mercu terbaharunya iaitu ZTE Axon 10s Pro yang dikuasakan dengan cipset mercu yang baru sahaja dilancarkan oleh Qualcomm. Pendedahan itu secara tidak langsung menjadikan model itu sebagai peranti pertama dipamerkan dengan sokongan cipset Snapdragon 865.

ZTE Axon 10s Pro yang dipamerkan dalam acara itu disahkan akan menyokong dwi mod 5G (SA/NSA), sambungan WiFi 6 (WiFi 802.11ax), RAM LPDDR5, storan UFS 3.0, dan juga bateri berkapasiti 4000mAh.

ZTE Axon 10s Pro

Menurut ZTE, peranti mercunya itu juga akan turut dioperasikan oleh antaramuka MiFavor 10 berasaskan Android 10 yang akan turut dioptimumkan dengan sokongan Z-Booster 2.0 bagi memastikan kelancaran pengoperasian. Selain itu ZTE Axon 10s Pro juga dikatakan menyokong kerangka setebal 7.9mm dan juga berat sekitar 175g sahaja.

Buat masa ini tiada spesifikasi terperinci didedahkan, tetapi ZTE Axon 10s Pro akan dilancarkan secara rasmi di pasaran menjelang awal tahun 2020 nanti.

sumber

Baca juga:

ZTE Axon 10 Pro Diperkenalkan Dengan Snapdragon 855, Rangkaian 5G Dan Skrin 6.4″ FHD+ AMOLED

Xiaomi Mi 10 Dan Meizu 17 Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset Snapdragon 865

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend