ZTE Axon 10s Pro Dengan Snapdragon 865, LPDDR5, UFS 3.0, WiFi 6, 5G Akan Diperkenalkan Bulan Ini Comments Off on ZTE Axon 10s Pro Dengan Snapdragon 865, LPDDR5, UFS 3.0, WiFi 6, 5G Akan Diperkenalkan Bulan Ini

ZTE adalah jenama besar di China dan syarikat ini akan berada di Barcelona untuk menyertai MWC 2020 pada penghujung bulan ini.

ZTE dipercayai akan memperkenalkan telefon pintar kelas mercu pada acara ini yang mana akan mempamerkan ZTE Axon 10s Pro kepada umum.

Dalam laporan terbaru, spesifikasi peranti ini telahpun disahkan secara rasmi. ZTE Axon 10s Pro hadir dengan paparan AMOLED 6.47-inci FHD+ bertakuk titisan air yang membawakan nisbah skrin-ke-kerangka setinggi 92% selain menawarkan pengimbas cap jari pada skrin.

Satu lagi yang menjadi perhatian disini ialah penggunaan cipset Snapdragon 865 yang digandingkan bersama memori LPDDR5 sebesar 12GB RAM berserta storan seluas 256GB jenis UFS 3.0.

ZTE Axon 10s Pro dijalankan di atas sistem operasi MiFavor 10 OS berasaskan Android 9 Pie tanpa sokongan kad microSD. Kesemuanya dijana bateri sebesar 4000mAh disebalik panel kaca pada bahagian luar selain menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4+.

Kamera pula, peranti ini menawarkan sistem trikamera yang membariskan sensor 48MP f/1.7, 20MP f/2.2 ultralebar 125-darjah, dan 8MP f/2.4 telefoto. Manakala kamera swafoto menempatkan lensa 20MP f/2.0.

Melengkapkan peranti, terdapat sokongan audio stereo berteknologi DTX X Ultra, pengimbas wajah, WiFi 6.0, Bluetooth 5.0 tanpa kehadiran bicu audio 3.5mm. Dengan ukuran dimensi 159.2 x 73.4 x 7.9mm, ZTE Axon 10s Pro ditawarkan dalam pilihan warna putih, hitam, dan Ochre. Harga masih lagi belum diumumkan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend