YouTube Turunkan Resolusi Video Kepada 480p Ekoran COVID-19 Comments Off on YouTube Turunkan Resolusi Video Kepada 480p Ekoran COVID-19

Minggu lalu YouTube telah memberitahu bahawa mereka bercadang untuk menurunkan resolusi video kepada 480p secara lalai (default) untuk semua pengguna di Eropah berikutan perintah kawalan pergerakan di kebanyakan negara di sana.

Kini, YouTube akan memperluaskan sekatan tersebut kepada seluruh pengguna seantero dunia selama sebulan. Langkah ini diambil bagi mengurangkan jumlah trafik platfom penstriman itu memandangkan ramai orang kini berada di rumah masing-masing.

Jika selepas ini anda menonton video pada kadar 480p, anda bagaimanapun boleh meningkatkan resolusi tersebut secara manual.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend