YouTube Music Kini Memaparkan Lirik Lagu, Juga Hadir Dengan ‘Explore Tab’ Comments Off on YouTube Music Kini Memaparkan Lirik Lagu, Juga Hadir Dengan ‘Explore Tab’

Platfom penstriman muzik, YouTube Music hari ini telah melepaskan beberapa fungsi terbaru antaranya pengguna kini boleh mencari lebih banyak senarai lagu melalui fungsi ‘explore tab’ dan membuka lirik lagu untuk memudahkan anda menghafal lagu yang dimainkan.

Kedua-dua fungsi tersebut akan tersedia di peranti iOS dan Android dalam masa terdekat ini. Setelah menyemak peranti, kami mendapati hanya fungsi ‘explore tab’ sahaja yang diberikan manakala fungsi lirik lagu masih lagi belum ditemui.

Sebelum ini YouTube Music telah melepaskan fungsi yang sama untuk segelintir pengguna, tetapi kini ia akan diberikan kepada semua. Untuk permulaan, tidak semua lagu didatangkan dengan lirik. Bagaimanapun kedua-dua fungsi ini boleh dinikmati oleh pengguna Premium dan pengguna tidak berbayar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend