YouTube Bakal Perkenal ‘Shorts’ Untuk Bersaing Dengan Aplikasi Popular TikTok Comments Off on YouTube Bakal Perkenal ‘Shorts’ Untuk Bersaing Dengan Aplikasi Popular TikTok

Walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi, tidak dinafikan lagi bahawa TikTok merupakan aplikasi paling popular selepas ia mencatatkan jumlah muat turun tertinggi pada peranti Android dan iOS.

Menyedari akan populariti yang diraih, YouTube kini telah merancang untuk memperkenalkan fungsi ‘Shorts’ untuk bersaing dengan TikTok. Fungsi ini membolehkan pengguna YouTube untuk menghantar video pendek di ruangan feed.

Fungsi ‘Shorts’ akan siap tersedia di dalam aplikasi YouTube, dan ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada pengguna kerana mereka boleh menggunakan muzik atau lagu yang telah dilesenkan sebagai bunyi latar pada video pendek yang dihasilkan.

Namun begitu, buat masa ini ketersediaan fungsi ‘Shorts’ masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend