YouTube Akan “GELAP” Dan “TERSEMBUNYI” 0 187

Tak lama lagi aplikasi YouTube korang akan dinaik taraf ke versi 13.0. So harini kita kasi bocor sikit apa yang mungkin ada pada versi terbaru YouTube.

9to5Google menggeledah coding aplikasi YouTube 13.0 dan menemui beberapa petunjuk yang menarik. Rangkaian coding versi terbaru menunjukkan yang tak lama lagi kita mungkin boleh menggunakan Dark Theme, selesa la sikit tengok YouTube dalam gelap kan.

Satu lagi ciri yang dijumpai dalam coding aplikasi adalah mod incognito. Tak payah la lepas ni susah-susah pergi padam log ‘History’. Kalau guna mod incognito, aplikasi secara automatik tidak akan menyimpan data carian, surfing dengan “selamat” dan “tenang”. Boleh tengok video K-pop tanpa kantoi dengan member, kalau kantoi tengah tengok, tabahkan hati tebalkan telinga dan maintain kemachoan anda.

Apa-apa pun kita tunggu je kemas kini YouTube 13.0 keluar nanti!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend