Yoodo Menjadi Syarikat Telco Pertama Menaja Liga Premier Futsal Malaysia Comments Off on Yoodo Menjadi Syarikat Telco Pertama Menaja Liga Premier Futsal Malaysia 832

Yoodo hari ini telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (PBSM) bagi merangka kerjasama baharu untuk memacu Liga Premier Futsal Malaysia (LPFM).

Yoodo juga telah menjadi syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia menaja liga perdana berkenaan secara rasminya bermula hari ini. Penajaan LPFM adalah langkah seterusnya dalam mengecapi misi Yoodo untuk menyediakan platfom yang boleh meningkatkan bakat tempatan.

Terdahulu Yoodo pernah menganjurkan segmen e-sukan menerusi Pertandingan PUBG Mobile National Championship (PMNC) dan telah menubuhkan pasukan e-sukan PUBG tersendiri iaitu Yoodo Gank. Selepas itu, Yoodo juga memberi komitmen mereka kepada industri hiburan melalui Yoodo Presents – siri konsert interaktif dalam talian pertama di Malaysia yang mempamerkan muzik ber-genre indie.

Berbalik semula ke LPFM, Ketua Yoodoo, Tuck Mun berkata, “Walaupun kami adalah organisasi digital sepenuhnya yang memberi tumpuan secara konvensional terhadap segmen digital seperti e-sukan, kami turut sama teruja untuk mengambil insiatif dalam sukan demi membantu mempromosikan gaya hidup yang lebih aktif di kalangan rakyat Malaysia.”

LPFM yang akan bermula Sabtu ini, 22 Jun 2019 akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan wanita. Kategori lelaki terdiri daripada 9 pasukan dengan jumlah 16 perlawanan yang akan dipertandingkan di antara bulan Jun dan September. Manakala kategori wanita pula akan menyusul pada bulai Julai hingga September dengan jumlah 12 perlawanan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend