Yoodo Menjadi Penaja Rasmi Kejohanan ESL Malaysia Championship Yang Pertama Untuk Permainan ‘COD: Mobile’ Comments Off on Yoodo Menjadi Penaja Rasmi Kejohanan ESL Malaysia Championship Yang Pertama Untuk Permainan ‘COD: Mobile’

ESL Asia buat pertama kalinya telah mengumumkan ESL Malaysia Championship bagi permainan Call of Duty: Mobile (CODM) dengan menyaksikan Yoodo sebagai penaja rasmi kejohanan ini.

Menampilkan 16 pasukan untuk merebut hadiah wang terkumpul sebanyak RM40,000, juara kejohanan juga akan berpeluang untuk mewakili Malaysia di peringkat dunia di Garena World 2020.

ESL Malaysia Championship – Call of Duty: Mobile Season 1 akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia, dan pasukan yang bertanding mempunyai peluang untuk mara ke kejohanan melalui dua kelayakan terbuka yang akan diadakan pada 8 Februari dan 15 Februari 2020 nanti.

Pasukan yang ingin bertanding boleh mendaftar bagi kelayakan terbuka di sini. Lapan pasukan teratas bagi setiap kelayakan terbuka akan mara ke kejohanan utama dan akan bertanding dengan format penyingkiran berganda (Double Elimination, di mana pasukan terbaik akan dinobatkan sebagai juara.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend