Yoodo Bakal Anjur Pertandingan PUBG Mobile Untuk Golongan Siswa Dan Siswi Comments Off on Yoodo Bakal Anjur Pertandingan PUBG Mobile Untuk Golongan Siswa Dan Siswi 186

Pembekal mudah alih, Yoodo hari ini telah mengumumkan bahawa mereka bakal menganjurkan pertandingan PUBG Mobile di kalangan pelajar Universiti untuk pertama kalinya di Malaysia.

PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2019 ini mensasarkan penyertaan dari 6,000 pelajar dari seluruh negara bagi merebut hadiah terkumpul berjumlah RM60,000. Yoodo juga menawarkan hadiah berupa pelan pascabayar Yoodo selama setahun dan jemputan eksklusif ke kejuaraan PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2020 kepada pasukan yang menang.

PMCC 2019 dikatakan akan berlangsung pada 24 September ini dengan 7 kelayakan yang mana 16 pasukan terpilih nanti akan berentap di pusingan terakhir pada 24 November 2019.

Jika anda seorang siswa atau siswi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda boleh mendaftar diri melalui www.pubgmobile.com/MY/PMCC2019 sekarang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend