Yippi Bekerjasama Dengan Akademi Badminton AirAsia Dalam Memupuk Bakat Muda Sukan Badminton Malaysia Comments Off on Yippi Bekerjasama Dengan Akademi Badminton AirAsia Dalam Memupuk Bakat Muda Sukan Badminton Malaysia

Walaupun memiliki latar belakang yang berbeza, Yippi yang merupakan sebuah aplikasi permesejan global yang menekankan ciri hiburan, baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan Akademi Badminton AirAsia, iaitu salah satu pusat latihan pembangunan badminton yang berprestij di Malaysia.

Menurut Jason Lim selaku Presiden Akademi Badminton AirAsia, Yippi akan menyediakan sokongan berbentuk kewangan yang diperlukan oleh kedua-dua pasukan junior dan elit di akademi tersebut. Sokongan kewangan ini akan digunakan untuk menampung kos seperti yuran jurulatih dan yuran penyewaan gelangang latihan.

Aplikasi permesejan Yippi

Kerjasama ini dibuat dengan sasaran untuk mencari dan memupuk bakat muda sukan badminton tanahair, supaya menjadi pelapis baru negara bertaraf dunia. Untuk maklumat lanjut berkenaan Yippi atau Akademi Badminton AirAsia, sila layari www.togalimited.com dan www.facebook.com/airasiabadmintonacademy/.

Muat turun aplikasi permesejan Yippi:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend