Xiaomi, Vivo Dan OPPO Bekerjasama Untuk Lancar Fungsi Penghantaran Fail Pantas Berbilang Jenama Comments Off on Xiaomi, Vivo Dan OPPO Bekerjasama Untuk Lancar Fungsi Penghantaran Fail Pantas Berbilang Jenama

Proses penghantaran fail besar sememangnya memerlukan saluran penghantaran fail yang pantas, namun begitu buat masa ini aplikasi penghantaran fail pantas seperti AirDrop (Apple), HUAWEI Share (HUAWEI) dan juga FileDash (OnePlus) adalah terhad untuk jenamanya sahaja.

Malah sebelum ini juga pengguna telefon pintar daripada jenama berbeza terpaksa memuat turun aplikasi pihak ketiga untuk membolehkan mereka untuk berkongsi fail dengan lebih pantas. Menyedari akan keperluan tersebut, Xiaomi, Vivo dan OPPO baru-baru ini telah mengumumkan untuk melancarkan ciri penghantaran fail pantas berbilang jenama pada Februari 2020 ini.

Protokol penghantaran fail P2P untuk pengguna merentasi pelbagai telefon pintar berbeza daripada jenama Xiaomi, Vivo dan OPPO.

Ketiga-tiga jenama ini dilaporkan telah membangunkan protokol penghantaran fail P2P (Peer to Peer) dengan menggunakan sambungan Bluetooth dan WiFi, yang mampu menyokong kepantasan penghantaran fail sekitar 20MB/s. Menariknya ia bukan sahaja dikatakan mampu menyokong penghantaran pelbagai format fail, tetapi membolehkan pengguna menghantar folder.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu mengaktifkan Bluetooth dan WiFi atau mengaktifkan fungsi tersebut pada menu, seterusnya memilih fail yang ingin dihantar.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend