Xiaomi Turut Perkenal Kipas Berdiri Pintar Dengan Kawalan Telefon Pintar – Mi Smart Standing Fan 1C Comments Off on Xiaomi Turut Perkenal Kipas Berdiri Pintar Dengan Kawalan Telefon Pintar – Mi Smart Standing Fan 1C

Selain melancarkan barisan telefon pintar terbaharunya keluarannya, Xiaomi turut membuat kejutan dengan memperkenalkan kipas berdiri pintar iaitu model Mi Smart Standing Fan 1C.

Hadir dengan rekaan yang ringkas dan elegan, Mi Smart Standing Fan 1C menyokong sehingga 7 bilah kipas yang direka khusus bagi memastikan aliran udara sejuk yang lebih kuat. Menariknya tahap ketinggian kipas ini juga boleh dilaras mengikut keperluan pengguna.

Selain dilengkapi dengan tiga tahap kelajuan berbeza, kipas berdiri pintar ini juga tersedia dengan dua mod berbeza yang boleh dipilih oleh pengguna iaitu Sleep Mode ataupun Standard Mode.

Kawalan kipas berdiri pintar ini boleh dikawal menggunakan aplikasi Mi Home dan ia juga sesuai digunakan bersama dengan pembantu maya popular iaitu Google Assistant dan juga Amazon Alexa.

Mi Smart Standing Fan 1C akan dijual untuk pasaran Eropah pada harga EUR39.90 (termasuk cukai) iaitu kira-kira RM188.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend