Xiaomi Terpaksa Menarik Balik Semula Kemas Kini MIUI 10 Global Beta ROM 8.8.9 Berikutan Isu yang Dihadapi Pada Dual Apps Comments Off on Xiaomi Terpaksa Menarik Balik Semula Kemas Kini MIUI 10 Global Beta ROM 8.8.9 Berikutan Isu yang Dihadapi Pada Dual Apps

Pada 10 Ogos yang lepas, Xiaomi telah mengumumkan ketersediaan muat turun kemas kini MIUI Global Beta ROM 8.8.9 untuk penggunanya. Tetapi baru sahaja beberapa hari ia diperkenalkan, Xiaomi sekali lagi telah membuat pengumuman untuk menarik balik semula kemas kini tersebut.

Penarikan semula fail kemas kini yang masih dalam peringkat percubaan beta itu terpaksa dibuat berikutan isu besar yang dihadapi pada fungsi Dual Apps. Ini termasuklah isu aplikasi Dual Apps yang akan ditutup secara automatik, dan juga paparan skrin hitam akan dipaparkan apabila sedang menggunakan aplikasi Dual Apps.

Selain itu kemas kini itu juga turut berhadapan dengan isu lain seperti ketiadaan bunyi notifikasi pada aplikasi dwi WhatsApp, paparan notifikasi berganda pada aplikasi Telegram, dan juga masalah pada fon notifikasi. Walau bagaimanapun, penarikan semula kemas kini itu dikatakan hanya untuk sementara waktu sahaja sehinggalah isu itu berjaya diatasi sepenuhnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend