Xiaomi Secara Rasmi Mengesahkan Bahawa Model Mi MIX 4 Tidak Akan Diperkenalkan Di Pasaran Comments Off on Xiaomi Secara Rasmi Mengesahkan Bahawa Model Mi MIX 4 Tidak Akan Diperkenalkan Di Pasaran

Ternyata khabar angin yang mengatakan bahawa Xiaomi akan memperkenalkan model Mi MIX 4 serentak dengan majlis pelancaran Mi 9 Pro 5G pada minggu lepas adalah tidak benar. Ini kerana di dalam acara tersebut Xiaomi sebaliknya telah memperkenalkan sebuah telefon pintar unik iaitu Mi MIX Alpha yang menampilkan rekaan skrin dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 180.6%.

Penantian untuk menantikan kemunculan Mi MIX 4 tidak menjadi kenyataan apabila baru-baru ini Pengurus Promosi Jenama Xiaomi telah mengesahkan bahawa model itu tidak akan diperkenalkan.

Ternyata pendedahan itu sedikit sebanyak agak mengecewakan kerana siri Mi MIX telah memiliki pengikutnya yang tersendiri. Malah kemunculan Mi MIX Alpha bukanlah satu pilihan yang terbaik untuk peminat siri tersebut memandangkan harga jualannya yang mencecah lebih RM11,000.

Baca juga:

Xiaomi Mi MIX Alpha Turut Diperkenalkan Dengan Nisbah Skrin-Ke-Kerangka Cecah 180.6%

Xiaomi Mi 9 Pro 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855 Plus, 12GB + 512GB Dan Pengecas Pantas 40W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend