Xiaomi Redmi Y2 Dengan Skrin 5.99 Inci Dan Dwi Kamera Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India Comments Off on Xiaomi Redmi Y2 Dengan Skrin 5.99 Inci Dan Dwi Kamera Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di India

Xiaomi nampaknya telah melancarkan satu lagi model dari segmen mampu terbarunya iaitu Redmi Y2 melalui satu acara yang diadakan di India baru-baru ini. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya model Redmi Y2 ini juga turut dikenali sebagai model Redmi S2 untuk pasaran di China dan juga Global.

Jika sebelum ini Xiaomi India telah memperkenalkan generasi pertama untuk siri tersebut dengan dua model berbeza iaitu Redmi Y1 dan juga Redmi Y1 Lite, tetapi kemunculan model Redmi Y2 hanya hadir dalam satu model sahaja. Sungguhpun begitu, ia telah ditawarkan dalam dua varian iaitu 32GB + RAM 3GB dan juga 64GB + RAM 4GB.

Dari segi sokongan spesifikasi, Redmi Y2 dilihat masih kekal sama iaitu dioperasikan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625, paparan skrin 5.99 inci HD+ dengan nisbah 18:9, dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, kamera hadapan 16 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 3080 mAh.

Xiaomi Redmi Y2 ini telah memfokuskan aspek penggambaran terbaik melalui sokongan AI Portrait Mode, AI Smart Beauty, dan juga HDR. Malah kamera hadapannya juga turut menyokong fungsi Face Unlock, selain daripada sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Varian 32GB + RAM 3GB akan dijual pada harga INR9,999 (kira-kira RM590), manakala varian tertinggi iaitu 64GB + RAM 4GB pula dijual pada harga INR12,999 (kira-kira RM767). Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Gold, Rose Gold, dan juga Dark Grey ini hanya boleh dimiliki secara eksklusif melalui Amazon India sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend