Xiaomi Redmi Note 6 Pro Didakwa Akan Dilancarkan Secara Rasmi Tidak Lama Lagi Comments Off on Xiaomi Redmi Note 6 Pro Didakwa Akan Dilancarkan Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

Xiaomi Redmi Note 5 Pro baru sahaja dilancarkan untuk pasaran di India pada Februari yang lalu, dan kini model terbarunya iaitu Xiaomi Redmi Note 6 Pro pula telah dilaporkan akan dilancarkan untuk pasaran Eropah tidak lama lagi.

Berita ini telah didedahkan oleh individu yang sememangnya terkenal dengan reputasi ketirisan berita peranti terbaru iaitu Roland Quandt. Melalui perkongsian maklumat di Twitter miliknya, Xiaomi Redmi Note 6 Pro akan diperkenalkan dalam dua varian iaitu 3GB + 32GB dan juga 4GB + 64GB untuk pasaran Eropah.

Manakala varian 6GB pula didakwa akan dilancarkan untuk pasaran China dan juga India. Tambahnya lagi, Redmi Note 6 Pro ini akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, emas dan juga biru. Ia dipercayai akan dijual pada harga antara €200 hingga €250 (kira-kira RM959 hingga RM1,199) dan harganya lebih murah untuk pasaran luar.

Xiaomi Redmi Note 5 Pro sebelum ini lebih dikenali sebagai Redmi Note 5 untuk pasaran tempatan.

Sungguhpun begitu, buat masa ini tiada pendedahan berhubung spesifikasi Xiaomi Redmi Note 6 Pro diperolehi dan ia berkemungkinan akan mengekalkan pemproses Qualcomm Snapdragon 636. Tetapi tidak mustahil ia bakal dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 660, sama seperti Xiaomi Mi A2.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend