Xiaomi Redmi 7 Dengan Skrin 5.84 Inci Menjadi Peranti Pertama Xiaomi Hadir Dengan Rekaan Takuk ‘Titisan Air’ Comments Off on Xiaomi Redmi 7 Dengan Skrin 5.84 Inci Menjadi Peranti Pertama Xiaomi Hadir Dengan Rekaan Takuk ‘Titisan Air’

Siri Mi 8 keluaran Xiaomi sebelum ini telah menjadi peranti pertama keluaran jenama itu yang menampilkan rekaan takuk mirip seperti iPhone. Nampaknya trend penggunaan takuk akan diteruskan pada siri Redmi tetapi kini buat pertama kalinya ia bakal menggunakan rekaan takuk mirip seperti titisan air.

Perkara ini telah disahkan selepas model Xiaomi M1901F9T telah mula membuat kemunculan pertamanya di laman rasmi TENAA di China. Menurut perkongsian di internet, model ini dipercayai akan diperkenalkan sebagai model Xiaomi Redmi 7. Melalui pendedahan yang dibuat, ia bakal menyokong paparan skrin berukuran 5.84 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel).

Xiaomi Redmi 7 ini juga akan dikuasakan dengan pemproses lapan teras berkelajuan 2.3GHz yang buat masa ini masih belum dapat dikenal pasti. Selain itu ia juga disahkan akan dikuasakan oleh Android 8.1 Oreo, memiliki ukuran 147.76 x 71.89 x 7.8mm dengan berat 150g, dan juga menyokong bateri berkapasiti 2900 mAh.

Akan ditawarkan dalam tiga varian memori iaitu 3GB + 32GB, 4GB + 64GB dan 6GB + 128GB, Xiaomi Redmi 7 ini menyokong dwi kamera utama beresolusi 8MP/12MP + 8MP. Memandangkan tiada banyak spesifikasi yang belum didedahkan, nantikan pendedahannya pada mas akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend