Xiaomi Redmi 6, Redmi 6A dan Redmi S2 Mungkin Tidak Akan Menerima Kemas Kini Android Pie Comments Off on Xiaomi Redmi 6, Redmi 6A dan Redmi S2 Mungkin Tidak Akan Menerima Kemas Kini Android Pie

Ketersediaan kemas kini MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie untuk peranti Xiaomi sudahpun mula diterima sejak awal tahun 20189 yang lalu, dan antara peranti yang telah menerimanya termasuklah Pocophone F1, Mi MIX 2S, Mi Max 3 dan juga siri Mi 8. Bahkan beberapa model keluaran Xiaomi yang lain turut dilaporkan akan turut menerima kemas kini Android Pie tidak lama lagi.

Xiaomi Redmi S2 merupakan salah satu daripada model yang dijangka tidak akan menerima kemas kini MIUI berasaskan Android Pie.

Berdasarkan perkongsian terbaru yang didedahkan, tiga telefon pintar keluaran Xiaomi iaitu Redmi 6, Redmi 6A dan juga Redmi S2 dijangka tidak akan menerima kemas kini tersebut. Ini kerana Xiaomi dilaporkan telah menghentikan program pengujian Android Pie untuk ketiga-tiga model itu, berikutan kekurangan penguji yang mahu menyertai program beta yang dibuka sebelum ini.

Walaupun tidak akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie, Redmi 6, Redmi 6A dan Redmi S2 mungkin akan kekal menyokong MIUI 10 dengan kemas kini terbaharu yang menawarkan beberapa fungsi baharu. Selain itu, Xiaomi turut mendedahkan ketersediaan program beta untuk model Mi MIX 2, Mi 6 dan Mi Note 3 menjelang suku kedua tahun 2019 ini.

sumber

Baca juga:

Senarai Penuh Peranti Xiaomi Dan Redmi Yang Akan Terima Kemas Kini MIUI 11

Xiaomi Mi 6, Mi MIX 2 Dan Mi Note 3 Bakal Terima Android Pie Dengan ‘Game Turbo’ Tidak Lama Lagi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend