Xiaomi Redmi 6 Pro Telah Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 25 Jun 2018 Nanti Comments Off on Xiaomi Redmi 6 Pro Telah Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 25 Jun 2018 Nanti

Kemunculan model terbaru Xiaomi Redmi 6 Pro bukanlah sesuatu yang baru kerana kami sebelum ini ada berkongsi ketirisan gambar prototaip model tersebut pada penghujung bulan Mei yang lalu. Baru-baru ini Xiaomi sendiri telah mula berkongsi imej rasmi yang mendedahkan tarikh pelancaran rasmi Xiaomi Redmi 6 Pro yang akan berlangsung pada 25 Jun 2018 nanti.

Berdasarkan perkongsian imej tersebut, Xiaomi telah mendedahkan empat klu awal tentang Redmi 6 Pro iaitu hadir dengan nisbah paparan skrin 19:9, menyokong keupayaan AI, dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 625, dan juga memiliki kapasiti bateri sebesar 4000 mAh.

Melalui pendedahan yang diperolehi dari laman TENAA, Redmi 6 Pro dipercayai menyokong paparan skrin FHD+ (2280 x 1080 piksel) berukuran 5.84 inci, dioperasikan oleh MIUI 10 berasaskan Android 8.1 Oreo, dilengkapi dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel, dan juga kamera hadapan 5 Megapiksel.

Selain itu ia juga dikatakan akan diperkenalkan dalam tiga varian berbeza iaitu 16GB + RAM 2GB, 32GB + RAM 3GB dan juga 64GB + RAM 4GB. Terdapat lima warna pilihan ditawarkan iaitu Rose Gold, Sand Gold, Lake Blue, Black dan juga Flame Red.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend