Xiaomi Redmi 6 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 12 Jun 2018 Comments Off on Xiaomi Redmi 6 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 12 Jun 2018

Baru-baru ini Xiaomi dilihat telah berkongsi poster yang memberi klu awal pengumuman model terbaru Redmi 6 di China yang akan berlangsung pada 12 Jun 2018 nanti. Melalui penerimaan pensijilan TENAA di China, ada kemungkinan untuk Xiaomi turut mengumumkan dua lagi varian iaitu Redmi 6A dan Redmi 6 Pro kerana ia hadir dengan tiga nombor model berbeza iaitu M1804C3CC, M1804C3DE dan juga M1804C3C.

Berdasarkan spesifikasi yang berjaya diperolehi melalui TENAA, Xiaomi Redmi 6 akan menyokong paparan skrin IPS LCD berukuran 5.45 inci dengan resolusi HD+ (1440 x 720 piksel). Skrin dengan nisbah 18:9 ini turut menerima panel skrin jenis 2.5D yang sedikit melengkung pada sisinya.

Dari aspek prestasinya pula, Redmi 6 dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625, dioperasikan oleh antaramuka MIUI berasaskan Android 8.1 Oreo, bateri berkapasiti 3000 mAh, dan hadir dengan tiga varian iaitu 16GB + RAM 2GB, 32GB + RAM 3GB serta 64GB + RAM 4GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend