Xiaomi Redmi 4X Mula Terima Kemas Kini MIUI 9.2 (Global Stable ROM) 0 160

Korang ada memiliki peranti Xiaomi Redmi 4X?! Kalau ada apa kata korang cuba periksa sama ada sudah menerima kemas kini terbaharu ataupun belum.

Berdasarkan kepada forum rasmi MIUI, pihak Xiaomi telah mengesahkan bahawa kemas kini terbaharu MIUI 9.2 Global Stable ROM sudahpun diedarkan kepada pemilik peranti Redmi 4X mulai hari ini secara OTA (Over-The-Air). Pemilik peranti itu juga boleh memasang kemas kini V9.2.5.0.NAMMIEK ini secara manual dengan memuat turun fail kemas kini rasmi yang disediakan.

Fail kemas kini yang bersaiz lebih dari 1GB ini membawakan ciri pengoptimuman dan juga penambahbaikan pada keselamatan sistem pengoperasian MIUI. Untuk pengetahuan, fail kemas kini MIUI 9.2 ini merupakan kemas kini kedua untuk Redmi 4X selepas kemas kini pertama MIUI 9 V9.1.1.0.NAMMIEI diumumkan pada November 2017 yang lalu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend