Xiaomi Rancang Untuk Buka 6 Mi Stores Di Malaysia Menjelang Mei 2018 Comments Off on Xiaomi Rancang Untuk Buka 6 Mi Stores Di Malaysia Menjelang Mei 2018

Sehubungan dengan majlis pelancaran Xiaomi Redmi Note 5 di Malaysia semalam, Xiaomi Malaysia turut mengumumkan untuk membuka enam Mi Stores di negara ini bermula Mei 2018 nanti. Pembukaan cawangan Mi Stores terbaru ini terletak di Dataran Pahlawan Mall (Melaka), Aeon Bukit Tinggi (Klang, Selangor), Paradigm Mall (Johor Bahru), Aman Central (Alor Setar, Kedah), Imago KK Time Square (Kota Kinabalu, Sabah), dan juga Sunway Carnival (Perai, Pulau Pinang).

Pembukaan enam Mi Stores terbaru di Malaysia ini akan menjadikan keseluruhan Mi Stores di Malaysia sebanyak 11 cawangan, termasuk lima cawangan Mi Stores sedia ada iaitu di Queensbay Mall (Pulau Pinang), Suria KLCC (Kuala Lumpur), IOI City Mall (Putrajaya), Nu Sentral (Kuala Lumpur), dan Mi Suria (Sabah).

Mi Stores KLCC (kiri) dan Mi Stores di Queensbay Mall, Pulau Pinang (kanan).

Penambahan Mi Stores di seluruh Malaysia ini secara tidak langsung membuktikan usaha Xiaomi untuk mengukuhkan lagi saluran jualan di luar taliannya di negara ini. Dalam masa yang sama ia juga berupaya membantu meningkatkan kesedaran pengguna tempatan terhadap jenama ini, sekaligus memudahkan mereka untuk memiliki pelbagai produk yang ditawarkan oleh Xiaomi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend