Xiaomi Perkenal Mesin Penapis Air Yang Tidak Perlu Ditukar Penapisnya Sehingga Tiga Tahun Comments Off on Xiaomi Perkenal Mesin Penapis Air Yang Tidak Perlu Ditukar Penapisnya Sehingga Tiga Tahun

Xiaomi mungkin lebih dikenali sebagai pengeluar telefon pintar dengan nilai belian yang berbaloi, tetapi ia juga sebenarnya turut menawarkan pelbagai produk lain dan ini termasuklah mesin penapis air pada pertengahan tahun 2015 yang lalu.

Kini Xiaomi sekali lagi tampil dengan mesin penapis air terbaru yang dikenali sebagai Chanitex Smart Water Purifier, dan telah diperkenalkan secara rasmi melalui platform pengumpulan dana terkenal di China iaitu Youpin. Berbeza dengan mesin penapis air sedia ada di pasaran, ia menyokong sistem penapis yang hanya perlu ditukar tiga tahun sekali sahaja.

Mesin penapis air ini telah dibina mengikut piawaian akreditasi NSFCNAS, dan merupakan produk AO Smith Environmental Appliance Global Research and Development Base yang memiliki 18 modul untuk makmal analisis instrumen ketepatan yang mampu mengesan logam berat, mikroorganisma dan sebagainya. Bahkan firma ini juga telah mempatenkan lebih daripada 140 teknologi berkaitan.

Chanitex Smart Water Purifier menggunakan sistem penapisan RO (Reverse Osmosis) yang mampu mengeluarkan 1.6 liter air bersih bagi setiap minit. Ini bermakna anda boleh mendapatkan secawan air dalam masa hanya 7.5 saat sahaja, iaitu 60% lebih laju berbanding mesin penapis air biasa.

Ia juga menyokong lima peringkat sistem penapisan yang secara efektif mampu menyingkirkan karat, logam berat, sisa klorin, kotoran dari bekalan air paip dan sebagainya. Bahkan ia juga mampu menghilangkan bau dan memberikan rasa yang lebih baik melalui teknologi pengaliran air keluara secara automatik ketika tiada bekalan elektrik.

berkesan membuang karat, skala, logam berat, klorin sisa, kotoran dari bekalan air biasa di rumah. Ia juga menghilangkan bau dan meningkatkan rasa. Teknologi yang dipatenkan dengan pintar diri sendiri secara automatik akan mengalir keluar air yang terperangkap di pertengahan ketika kuasa padam.

Chanitex Smart Water Purifier yang boleh disambungkan dengan aplikasi pada telefon pintar ini dijual pada harga CNY2,499 (kira-kira RM1,519) termasuk kos pemasangan. Ia dijangka akan dihantar kepada penyumbang dana di Youpin yang membuat tempahan bermula 22 April 2019 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend