Xiaomi Perkenal E-Dompet Mi Pay Yang Mula Diperkenalkan Dalam Versi Beta Untuk Pengguna Di India Comments Off on Xiaomi Perkenal E-Dompet Mi Pay Yang Mula Diperkenalkan Dalam Versi Beta Untuk Pengguna Di India

Xiaomi sememangnya terkenal dengan kepelbagaian produk daripada telefon pintar hinggalah ke alat kelengkapan rumah pintar. Bahkan pada tahun 2016 lagi, Xiaomi telah melancarkan perkhidmatan pembayaran digital keluarannya sendiri iaitu Mi Pay. Sungguhpun begitu ia hanya boleh digunakan di China sahaja.

Nampaknya India baru-baru ini telah terpilih untuk menjadi negara pertama (selepas China) untuk menerima platform pembayaran digital yang diperkenalkan oleh Xiaomi, dan buat masa ini ia masih lagi diperkenalkan dalam peringkat beta. Xiaomi dilihat telah bekerjasama dengan bank tempatan di India iaitu ICICI dan juga Pay U untuk melancarkan Mi Pay di negara itu.

Bagi memastikan penggunaan e-dompet yang lebih praktikal untuk kehidupan seharian, Mi Pay akan turut menyokong pelbagai perkhidmatan pembayaran seperti tambah nilai kredit telefon pintar, bil telefon, bil air, dan juga bil elektrik. Proses pendaftaran untuk menyertai program beta ini telahpun dibuka sehingga 31 Disember nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend