Xiaomi Patenkan Rekaan Kamera Depan Di Sudut Kerangka Peranti Comments Off on Xiaomi Patenkan Rekaan Kamera Depan Di Sudut Kerangka Peranti 181

Xiaomi baru-baru ini telah memperlihatkan beberapa paten terbaru untuk telefon pintar mereka yang dipercayai akan digunakan pada peranti kelas permulaan. Paten ini menunjukkan rekaan kamera depan pada sudut kerangka peranti.

Senarai paten juga menunjukkan sistem dwi kamera telah diletakkan secara berasingan iaitu pada sudut atas kiri dan kanan kerangka. Melaluinya, paparan dapat dibentangkan sehingga ke hujung tanpa kehadiran takuk atau bezel yang tebal.

Daripada segi teknikal, rekaan sebegini tidak menelan kos yang tinggi seperti penggunaan kamera pada skrin atau kamera pop-naik. Solusi ini dilihat boleh diterima akal walaupun agak pelik pada ketika ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend