Xiaomi Pamer Hasil Gambar Yang Diambil Menggunakan Siri Redmi Note 8 Di Dua Stesen LRT Utama Comments Off on Xiaomi Pamer Hasil Gambar Yang Diambil Menggunakan Siri Redmi Note 8 Di Dua Stesen LRT Utama 236

Bersempena meraikan ketibaan siri Redmi Note 8 yang akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada minggu depan, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan untuk mempamerkan hasil gambar yang diambil  menggunakan Redmi Note 8 dan juga Redmi Note 8 Pro di dua stesen LRT utama di ibu kota.

Bermula hari ini, hasil gambar yang diambil menggunakan siri Redmi Note 8 itu akan dipamerkan di stesen LRT Pasar Seni dan juga stesen LRT Masjid Jamek. Bagi memeriahkan lagi aktiviti tersebut, pengguna yang berada di kedua-dua stesen LRT itu boleh mengambil gambar pameran tersebut dan memuat naik di Instagram atau Facebook dengan menggunakan tanda pagar #64MPMemangShiok, #LiveToCreate dan #RedmiNote8Pro.

This slideshow requires JavaScript.

Menariknya, melalui Facebook rasmi Xiaomi Malaysia, beberapa keping gambar yang diambil menggunakan Redmi Note 8 Pro turut dikongsikan kepada umum. Apa yang pasti, pengambilan gambar menggunakan lensa 64MP jelas dapat menghasilkan gambar yang sangat terperinci walaupun selepas dizum.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend