Xiaomi Mula Mempatenkan Telefon Pintar Dengan Rekaan Kamera Depan Di Bawah Skrin Comments Off on Xiaomi Mula Mempatenkan Telefon Pintar Dengan Rekaan Kamera Depan Di Bawah Skrin

Berita mengenai kemunculan telefon pintar dengan sokongan kamera depan di bawah skrin mula diperkatakan sejak pertengahan tahun lagi. Malah sebelum ini OPPO dan Xiaomi juga telah mula berkongsi video yang memperlihatkan demonstrasi penggunaan kamera depan di bawah skrin.

Nampaknya penawaran telefon pintar dengan teknologi kamera di bawah skrin mungkin akan direalisasikan pada masa akan datang, berikutan Xiaomi baru-baru ini sudah mula mempatenkan rekaan kamera depan di bawah skrin.

Melalui paten ‘Display Structure and Electronic Equipment’, ia memperlihatkan struktur paparan yang terdiri daripada panel skrin dan juga bahagian pelarasan cahaya. Sokongan panel dengan kawalan piksel berasingan ini membolehkan kemasukan cahaya pada bahagian skrin yang menempatkan kamera di bawah skrin.

Malah berdasarkan spekulasi yang diperkatakan di Internet, Mi MIX 4 merupakan model pertama daripada Xiaomi yang akan menampilkan teknologi kamera depan di bawah skrin. Berkemungkinan besar telefon pintar terbaharu daripada Xiaomi ini mungkin akan diperkenalkan kepada umum pada tahun 2020 nanti.

Video demonstrasi peranti Xiaomi dengan kamera depan di bawah skrin:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend