Xiaomi Mi Play Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Pemproses Helio P35 Dan Rekaan Takuk Kecil Comments Off on Xiaomi Mi Play Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Pemproses Helio P35 Dan Rekaan Takuk Kecil

Selepas pelbagai berita ketirisan tentang Xiaomi Mi Play diperkatakan di Internet, hari ini model itu telahpun dilancarkan secara rasmi di China. Selain tampil sebagai model pertama dari siri Mi Play, ia juga merupakan model pertama daripada Xiaomi yang hadir dengan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air.

Berbeza dengan rekaan siri Redmi yang tampil dengan kemasan logam atau plastik, Xiaomi Mi Play hadir dengan kemasan panel belakang mirip seperti Xiaomi Mi 8 Lite yang baru dilancarkan di Malaysia. Ia menyokong paparan skrin berukuran 5.84 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel) dan telah dioperasikan dengan MIUI 10 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Dari segi prestasi pula, Xiaomi Mi Play dikuasakan oleh MediaTek Helio P35 (12nm) yang dilengkapi dengan teknologi CPU dan juga GPU Turbo untuk memastikan kelancaran pengoperasian. Bahkan skor AnTuTu yang dicatatkan oleh Helio P35 ini adalah lebih baik berbanding Snapdragon 625 atau setanding Snapdragon 632 (14nm).

Xiaomi Mi Play menyokong dwi kamera beresolusi 12MP (1.25μm) + 2MP untuk efek bokeh, manakala kamera hadapannya pula tampil dengan lensa 8MP dengan ciri HDR, pengecaman wajah dan juga mod potret. Dilengkapi dengan USB Type-C, Xiaomi Mi Play tersedia dengan bateri berkapasiti 3000 mAh dengan pengecasan 10W (5V2A).

Diperkenalkan dalam satu varian sahaja iaitu 4GB + 64GB, Xiaomi Mi Play boleh dipilih daripada tiga warna pilihan iaitu Twilight Gold, Fantasy Blue dan juga Black. Ia akan dijual pada harga yang kompetitif iaitu CNY1,099 (kira-kira RM666) bermula 25 Disember ini.

Hasil gambar yang diambil menggunakan Xiaomi Mi Play:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend