Xiaomi Mi Pad 4 Plus Dengan Skrin 10.1 Inci FHD Dan Bateri 8260 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Xiaomi Mi Pad 4 Plus Dengan Skrin 10.1 Inci FHD Dan Bateri 8260 mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Pada penghujung bulan Jun yang lepas, Xiaomi telahpun memperkenalkan tablet Mi Pad 4 serentak dengan pelancaran Redmi 6 Pro di China. Hari ini Xiaomi telah membawakan satu lagi varian baharu untuk tablet itu melalui pelancaran Xiaomi Mi Pad 4 Plus yang menampilkan sokongan paparan skrin dan juga kapasiti bateri yang lebih besar.

Xiaomi Mi Pad 4 Plus hadir dengan skrin berukuran 10.1 inci FHD (1920 x 1200 piksel) dengan nisbah paparan 16:10 dan juga nisbah kontras mencecah 1000:1. Berukuran 245.6 x 149.8 x 7.99mm dengan berat 485g, Mi Pad 4 Plus menjanjikan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 8260 mAh dengan sokongan pengecasan 5V2A (10W).

Spesifikasi lain yang disokong oleh Mi Pad 4 Plus ini masih kekal sama seperti Mi Pad 4 iaitu dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 660, kamera utama 13 Megapiksel (f/2.0), kamera hadapan 5 Megapiksel (f/2.0) dengan sokongan face unlock dan juga dioperasikan dengan antaramuka MIUI berasaskan Android 8.1 Oreo.

Harga jualan Xiaomi Mi Pad 4 Plus:

  • 4GB + 64GB – CNY1,899 (kira-kira RM1,130)
  • 4GB + 128GB – CNY2,099 (kira-kira RM1,249)

Ketersediaan jualan:

  • Bermula 16 Ogos 2018 di China
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend