
Selain melancarkan model mampu milik Redmi 6 Pro, Xiaomi juga telah melacnarkan secara rasmi Mi Pad 4 untuk pasaran tablet yang semakin dilupakan. Dengan rekaan bezel yang lebih nipis, Mi Pad 4 telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660, bateri berkapasiti 6000 mAh dan juga sambungan rangkaian 4G LTE, pada harga jualan yang kompetitif.
Mi Pad 4 yang memiliki paparan skrin bernisbah 16:10 berukuran 8.0 inci FHD+ (1920 x 1200 piksel) ini telah dioperasikan oleh antaramuka MIUI berasaskan Android 8.1 Oreo. Dilengkapi dengan kamera utama beresolusi 13 Megapiksel dan juga kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel, ia juga turut menyokong ciri Face Unlock bagi menggantikan penggunaan sensor pengimbas cap jari.
Xiaomi Mi Pad 4 akan mula dijual pada 29 Jun 2018 nanti dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan emas. Berikut adalah harga jualannya:
Versi WiFi:
- 32GB + RAM 3GB – CNY1,099 (kira-kira RM675)
- 64GB + RAM 4GB – CNY1,399 (kira-kira RM859)
Versi LTE:
- 64GB + RAM 4GB – CNY1,499 (kira-kira RM920)