Xiaomi Mi Note 10 / Note 10 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2099 Comments Off on Xiaomi Mi Note 10 / Note 10 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2099

Peranti yang ditunggu-tunggu Xiaomi Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini.

Kehadirannya ke pasaran tempatan menjadikan ia telefon pintar pertama di dunia dengan kamera 108 Megapiksel. Malahan peranti ini turut didatangkan dengan skrin melengkung untuk memberikan kesegaran dalam segmen telefon pintar kelas pertengahan.

Dua peranti ini diperkenalkan pada harga bermula RM2099 dengan tiga piliha warna Aurora Green, Glacier White, dan Midnight Black. Jika berminat, anda boleh dapatkannya di kedai-kedai seluruh Malaysia mulai 7 Disember 2019.

Hari pertama pembelian di Mi Store terpilih, akan menerima baucar bernilai RM100 pembelian-dengan-pembelian (PWP) untuk mana-mana produk Xiaomi.

Warna Glacier White

Spesifikasi Mi Note 10:

  • 6.47” 3D curved AMOLED
  • Corning Gorilla Glass 5 (depan, belakang)
  • Qualcomm Snapdragon 730G
  • 6GB + 128GB UFS 2.1
  • 108MP (7P lens) + 12MP telefoto + 5MP telefoto + 20MP ultralebar + 2MP makro
  • 5x zum optikal, 50x zum digital, Night mode 2.0, Vlog mode, ShootSteady video, 960fps macro slow motion
  • 32MP AI selfie
  • 5260mAh 30W fast charge (dalam kotak)
  • Bicu audio, pengimbas cap jari dalam skrin, NFC, Hi-Res audio, Inframerah
  • RM2099

Spesifikasi Mi Note 10 Pro:

  • 6.47” 3D curved AMOLED
  • Corning Gorilla Glass 5 (depan, belakang)
  • Qualcomm Snapdragon 730G
  • 8GB + 256GB UFS 2.1
  • 108MP (8P lens) + 12MP telefoto + 5MP telefoto + 20MP ultralebar + 2MP makro
  • 5x zum optikal, 50x zum digital, Night mode 2.0, Vlog mode, ShootSteady video, 960fps macro slow motion
  • 32MP AI selfie
  • 5260mAh 30W fast charge (dalam kotak)
  • Bicu audio, pengimbas cap jari dalam skrin, NFC, Hi-Res audio, Inframerah
  • RM2499
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend