Xiaomi Mi Note 10 Lite Kini Rasmi Dengan Snapdragon 730G, Skrin AMOLED 6.47″ Dan Bateri 5260mAh Comments Off on Xiaomi Mi Note 10 Lite Kini Rasmi Dengan Snapdragon 730G, Skrin AMOLED 6.47″ Dan Bateri 5260mAh

Selain mengumumkan penawaran model Redmi Note 9 Pro dan juga Redmi Note 9, Xiaomi turut melancarkan satu lagi model baharu iaitu Mi Note 10 Lite bagi melengkapkan siri Mi Note 10 untuk pasaran global.

Mi Note 10 Lite menjanjikan sokongan spesifikasi yang menarik kerana ia telah menampilkan paparan skrin AMOLED melengkung berukuran 6.47 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Kualiti paparannya juga telah diperhebatkan lagi dengan teknologi HDR10 dan juga TÜV Rheinland Low Blue Light Certification.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 730G, Mi Note 10 Lite turut menyokong RAM LPDDR4X serta storan UFS 2.1 yang ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 6GB + 64GB dan juga 6GB + 128GB.

Keupayaan penggambaran Mi Note 10 Lite telah digalas oleh kuad kamera beresolusi 64MP + 8MP Ultra Wide + 5MP Depth + 2MP Macro. Manakala kamera depannya pula beresolusi 16MP yang hadir dalam rekaan takuk ala titisan air.

Dioperasikan oleh MIUI 11 berasaskan Android 10, Mi Note 10 Lite menyokong bateri berkapasiti 5260mAh dengan teknologi pengecasan pantas 30W. Ini membolehkan ia dicas penuh dalam tempoh hanya 64 minit sahaja.

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Glacier White, Midnight Black dan Nebula Purple, Mi Note 10 Lite akan dijual di pasaran Eropah pada harga EUR349 (~RM1,642) untuk varian 64GB, dan EUR399 (~RM1,876) untuk varian 128GB.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend