Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Dengan Penta Kamera 108MP Akan Dilancarkan 3 Disember Di Malaysia Comments Off on Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Dengan Penta Kamera 108MP Akan Dilancarkan 3 Disember Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja melancarkan telefon pintar dengan sokongan penta kamera 108MP yang pertama di dunia iaitu model Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro pada awal November lepas. Menariknya kini Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa kedua-dua model itu akan hadir ke pasaran tempatan Malaysia secara rasmi pada 3 Disember 2019 nanti.

Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro sebelum ini dilancarkan dengan sokongan cipset Qualcomm Snapdragon 730G, dioperasikan dengan MIUI 11 berasaskan Android 9.0 Pie, paparan skrin AMOLED 6.47 inci FHD+, dan juga bateri sebesar 5260mAh dengan pengecasan pantas 30W yang didatangkan sekali dalam pakej pembelian.

Perbezaan utama antara kedua-dua model ini adalah Mi Note 10 menyokong konfigurasi memori 6GB + 128GB, manakala Mi Note 10 Pro pula hadir dengan memori lebih besar iaitu 8GB + 256GB. Walaupun kedua-duanya menyokong penta kamera beresolusi 108MP, Mi Note 10 Pro dilengkapi lensa 8P dan Mi Note 10 pula menyokong lensa 7P.

Untuk mengetahui harga dan juga ketersediaan Mi Note 10 dan juga Mi Note 10 Pro untuk pasaran Malaysia, sama-sama nantikan pendedahannya seawal bulan Disember nanti.

Baca juga:

Xiaomi Mi Note 10 Dan Mi Note 10 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Penta Kamera 108MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend