Xiaomi Mi MIX Alpha Disahkan Sokong Kamera Utama Dengan Sensor Beresolusi 100MP Comments Off on Xiaomi Mi MIX Alpha Disahkan Sokong Kamera Utama Dengan Sensor Beresolusi 100MP 255

Xiaomi sebelum ini pernah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan empat model telefon pintar keluarannya dengan sokongan kamera beresolusi mencecah sehingga 100MP. Menariknya sehari sebelum Xiaomi mengadakan majlis pelancaran rasmi yang akan berlangsung esok (24 September), Xiaomi telah mendedahkan satu lagi maklumat menarik berhubung Mi MIX Alpha.

Berdasarkan pendedahan di Weibi, Xiaomi telah mengesahkan bahawa Mi MIX Alpha akan menyokong kamera utama dengan resolusi paling tinggi pernah diperkenalkan pada telefon pintar iaitu mencecah 100MP. Melalui kerjasama dengan Samsung, peranti ini akan menggunakan sensor Samsung ISOCELL Bright HMX yang menyokong resolusi sehingga 108MP.

Tidak cukup dengan itu, Xiaomi juga turut memuat naik poster imej yang memperlihatkan keupayaan penggambaran 100MP menggunakan Mi MIX Alpha, yang mana telah mendedahkan keupayaannya untuk mengekalkan kualiti gambar yang diambil walaupun selepas dizum sehingga 8x.

Baca juga:

Xiaomi Dipercayai Telah Merancang Untuk Memperkenalkan Empat Model Dengan Sokongan Kamera 108MP

Xiaomi Mi MIX Alpha Bakal Sokong Rekaan Skrin Melengkung ‘Ekstrem’ Dengan Kerangka Titanium

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend