Xiaomi Mi MIX 4 Dipercayai Sokong Snapdragon 855 Plus, 12GB RAM, Storan 1TB Dan Tiga Kamera 108MP Comments Off on Xiaomi Mi MIX 4 Dipercayai Sokong Snapdragon 855 Plus, 12GB RAM, Storan 1TB Dan Tiga Kamera 108MP

Berita mengenai kemunculan Xiaomi Mi MIX 4 bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah dilaporkan akan dilancarkan sekitar bulan September depan. Melalui pendedahan sebelum ini, sebuah peranti dengan nombor model M1908F1XE yang dipercayai Mi MIX 4 telah melepasi piawaian 3C di China dengan menawarkan teknologi pengecasan pantas 45W (20V/2.25A).

Baru-baru ini seorang peniris di Weibo telah memuat naik gambar dan juga spesifikasi yang dikatakan akan disokong oleh Xiaomi Mi MIX 4.  Menurutnya Mi MIX 4 akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855 Plus, kapasiti RAM sebesar 12GB, dan juga ruang storan UFS 3.0 mencecah sehingga 1TB.

Mi MIX 4 juga dikatakan akan menampilkan rekaan skrin melengkung dengan resolusi 2K yang tidak didedahkan saiz paparannya. Berkemungkinan tampil dengan bateri berkapasiti 4500mAh, ia akan menyokong teknologi pengecasan pantas 45W dan juga pengecasan tanpa wayar dengan output mencecah 30W.

Xiaomi Mi MIX 4 dikatakan akan menggunakan panel belakang seramik dengan kemasan warna cerun.

Keupayaan penggambarannya pula menampilkan konfigurasi tiga kamera beresolusi 108MP + 16MP (Ultra Wide Angle) + 12MP (Periskop), dan juga kamera depan jenis pop-naik. Bagi mengesahkan ketirisan berita ini, sama-sama kita nantikan pendedahannya tidak lama lagi.

sumber

Baca juga:

Peranti Misteri Xiaomi Melepasi Piawaian 3C Di China Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 45W

Samsung Memperkenalkan 108MP ISOCELL Bright HMX Sensor Untuk Telefon Pintar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend