Xiaomi Mi MIX 4 Bakal Dilancarkan 24 September Ini Dengan Snapdragon 855 Plus Dan Kamera 108MP Comments Off on Xiaomi Mi MIX 4 Bakal Dilancarkan 24 September Ini Dengan Snapdragon 855 Plus Dan Kamera 108MP

Xiaomi sebelum ini telahpun dilaporkan akan memperkenalkan empat buah model telefon pintar keluarannya yang menyokong kamera beresolusi 108MP. Menariknya melalui pendedahan terbaru, Mi MIX 4 dipercayai merupakan salah satu daripada empat model yang dimaksudkan.

Melalui pendedahan yang dikongsikan oleh portal dari Rusia, Mi MIX 4 telah dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September nanti. Menurut portal itu lagi, Mi MIX 4 dipercayai menyokong konfigurasi tiga kamera beresolusi 108MP + 16MP (Ultra Wide Angle) + 12MP (Telephoto) yang dipercayai turut hadir keupayaan fungsi zum optikal.

Imej pengolokan Xiaomi Mi MIX 4 yang menampilkan rekaan skrin penuh dengan kamera depan terangkat.

Mi MIX 4 juga dikatakan akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 Plus, kapasiti RAM sehingga 12GB, dan akan dioperasikan oleh MIUI berasaskan Android 10. Lebih istimewanya, ia akan turut diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu dengan sokongan rangkaian 4G ataupun 5G.

melalui, sumber

Baca juga:

Xiaomi Dipercayai Telah Merancang Untuk Memperkenalkan Empat Model Dengan Sokongan Kamera 108MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend