Xiaomi Mi MIX 3 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 845, RAM 10GB, Panel Seramik Dan Skrin AMOLED 6.39″ Comments Off on Xiaomi Mi MIX 3 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 845, RAM 10GB, Panel Seramik Dan Skrin AMOLED 6.39″ 656

Dari hari ke hari ada sahaja berita ketirisan tentang Xiaomi Mi MIX 3 dikongsikan di Internet, dan kini akhirnya segala persoalan itu telah terjawab selepas ia dilancarkan secara rasmi di Beijing, China, hari ini. Salah satunya adalah sokongan pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Mi MIX 3 menyokong paparan skrin AMOLED berukuran 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan nisbah 19.5:9 ini sememangnya sangat menonjol. Ini kerana ia hadir dengan saiz bezel yang sangat nipis, sekaligus menjanjikan nisbah skrin-ke-kerangka yang sangat tinggi iaitu sehingga mnececah 93.4%.

Sebagaimana keunikan siri Mi MIX sebelum ini, Mi MIX 3 turut menyokong panel belakang yang diperbuat daripada seramik yang jauh lebih tahan calar berbanding panel kaca daripada Gorilla Glass. Lebih istimewa, rekaan skrin penuh ini juga berjaya dicapai kerana ia menyokong kerangka inovatif jenis gelongsor magnetik.

Ketahanan kerangka gelongsor pada Mi MIX 3 telah diuji di makmal untuk bertahan sehingga 300,000 kali. Bahkan rekaan gelongsor yang menempatkan kamera swafoto 24MP + 2MP daripada Sony IMX576 dengan teknologi Super Pixel ini juga turut menyokong fungsi kawalan dalam permainan seperti mengambil screenshot, rakaman skrin ataupun menyembunyikan notifikasi.

Xiaomi Mi MIX 3 catat 103 mata di DxOMark, baca artikel penuh >> https://bit.ly/2O7vy3Y

Xiaomi turut menawarkan sokongan teknologi pengecasan tanpa wayar 10W mengikut standard Qi, dan juga butang dedikasi AI pada sisi kiri kerangkanya untuk mengaktifkan bantuan suara Xiao Ai. Malah butang ini juga boleh diprogramkan untuk mengaktifkan fungsi berbeza dengan satu atau dua klik.

Mi MIX 3 akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Jade Green, Sapphire Blue dan juga Onyx Black bermula 1 November nanti di China. Xiaomi juga turut bekerjasama dengan Palace Museum untuk memperkenalkan edisi istimewa Mi MIX 3 yang memiliki cetakan makhluk mitos China iaitu Xiezhi dengan sokongan 10GB RAM.

Harga jualan Xiaomi Mi MIX 3:

  • 6GB + 128GB – CNY3,299 (kira-kira RM1,980)
  • 8GB + 128GB – CNY3,599 (kira-kira RM2,160)
  • 8GB + 256GB – CNY3,999 (kira-kira RM2,400)
  • 10GB + 256GB – CNY4,999 (kira-kira RM3,000)

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi juga turut mengumumkan bahawa varian Mi MIX 3 dengan sokongan rangkaian 5G akan hanya diperkenalkan seawal suku pertama tahun 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend