Xiaomi Mi MIX 3 Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 12 Januari Dengan Harga Bermula Daripada RM2,199 Comments Off on Xiaomi Mi MIX 3 Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 12 Januari Dengan Harga Bermula Daripada RM2,199

Sebagaimana yang telah dikongsikan sebelum ini, Xiaomi Malaysia telahpun mendedahkan tarikh rasmi ketersediaan model peranti mercunya iaitu Mi MIX 3 di negara ini pada 12 Januari 2019 nanti.

Melalui pengumuman terbaru yang dikongsikan hari ini, harga jualan rasmi untuk Xiaomi Mi MIX 3 di Malaysia telahpun didedahkan dengan harga bermula daripada RM2,199 untuk warna Onyx Black, manakala untuk warna Jade Green dan Sapphire Blue pula boleh dimiliki pada harga RM2,299.

Ketiga-tiga warna yang ditawarkan ini tersedia dalam konfigurasi memori 6GB + 128GB dan ia boleh dibeli secara dalam talian di Lazada Xiaomi Flaship Store, Shopee Mi Official Store, dan juga pengedar rasmi Mi Store di seluruh negara.

Spesifikasi Xiaomi Mi MIX 3:

  • MIUI 10 (berasaskan Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 6GB + 128GB
  • 6.39 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera utama: 12MP (f/1.8, 1.4µm) + 12MP (f/2.4, 1.0µm)
  • Kamera depan: 24MP (f/1.8) + 2MP (f/2.2)
  • 3200 mAh (Quick Charge 4+)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend