Xiaomi Mi MIX 2S Akan Dijual Di Malaysia Mulai 1 Jun 2018 Pada Harga RM1,999 Dan RM2,199 Comments Off on Xiaomi Mi MIX 2S Akan Dijual Di Malaysia Mulai 1 Jun 2018 Pada Harga RM1,999 Dan RM2,199

Xiaomi Malaysia hari ini telah berkongsi berita gembira buat semua peminatnya di Malaysia apabila telah mengumumkan ketersediaan jualan model terbarunya iaitu Mi MIX 2S bermula 1 jun 2018 ini.

Xiaomi Mi MIX 2S yang hadir dengan paparan skrin penuh berukuran 5.99 inci FHD+ ini telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, turut menjanjikan keupayaan penggambaran dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel (Sony IMX363) dengan teknologi Dual Pixel bagi memastikan fokus yang jauh lebih pantas.

Xiaomi Mi MIX 2S yang ditawarkan dalam warna hitam atau putih (akan datang) ini akan dijual pada harga RM1,999 untuk varian 64GB + RAM 6GB, manakala varian 128GB + RAM 6GB pula boleh dimiliki pada harga RM2,199. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli secara atas talian di Lazada, ataupun kedai fizikal Mi Store atau Mi Zones.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend