Xiaomi Mi Max 3 Pro Dipercayai Menyokong Snapdragon 710 Dengan Bateri 5400 mAh Comments Off on Xiaomi Mi Max 3 Pro Dipercayai Menyokong Snapdragon 710 Dengan Bateri 5400 mAh

CEO Xiaomi iaitu Lei Jun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa model Mi Max 3 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai 2018 nanti. Berdasarkan ketirisan berita di TENAA, Mi Max 3 dipercayai akan hadir dengan sokongan paparan skrin berukuran 6.9 inci dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 636.

Apa yang lebih menariknya, baru-baru ini satu lagi varian Mi Max 3 yang dipercayai dikenali sebagai Mi Max 3 Pro telah tertiris di Internet. Berdasarkan kepada gambar screenshot yang didakwa diambil terus dari laman rasmi Xiaomi itu telah mengesahkan bahawa ia akan dikuasakan dengan pemproses terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 710.

Mi Max 3 Pro juga dikatakan akan menyokong skrin berukuran 6.9 inci, bateri berkapasiti 5400 mAh, memori dalaman 128GB, RAM berkapasiti 6GB, kamera utama menggunakan sensor Sony IMX363, dan juga hadir dalam dua warna iaitu hitam atau emas. Benar atau tidak dakwaan ini, sama-sama kita nantikan pendedahan rasminya nanti…

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend