Xiaomi Mi Max 3 Dalam Varian 4GB + 64GB Akan Dijual Pada Harga RM1099 Bermula 27 September 2018 Comments Off on Xiaomi Mi Max 3 Dalam Varian 4GB + 64GB Akan Dijual Pada Harga RM1099 Bermula 27 September 2018

Akhirnya penantian untuk memiliki Xiaomi Mi Max 3 untuk pasaran tempatan kini telah terjawab selepas Xiaomi Malaysia telah mengumumkan penawaran model ini bermula minggu hadapan.

Xiaomi Mi Max 3 yang sememangnya terkenal dengan sokongan paparan yang besar ini hadir dengan skrin berukuran 6.9 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel). Berbeza dengan Mi Max 2, model baharu ini memiliki nisbah skrin-ke-kerangka 6.5% yang lebih besar iaitu mencecah 85.19%.

Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, Mi Max 3 menyokong dwi kamera utama beresolusi 12MP + 5MP (f/1.9) dengan keupayaan penggambaran AI. Manakala penggambaran swafotonya pula dibantu oleh kamera beresolusi 8MP (f/2.0) yang juga dilengkapi ciri AI Portrait Selfie dan juga AI Beauty.

Selain saiz skrin yang besar, Mi Max 3 turut didatangkan dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu mencecah 5500 mAh yang mampu menjanjikan ketahanan permainan tanpa henti sehingga 10 jam. Selain dilengkapi teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0 atau bersamaan output 9V2A, Mi Max 3 juga boleh digunakan sebagai power bank dengan output maksimum sehingga 5V1.2A.

Xiaomi Mi Max 3 akan mula dijual pada 27 September 2018 nanti pada harga RM1099 bagi varian 4GB + 64GB. Bagi yang berminat, ia boleh dimiliki di Mi Stores, Lazada dan juga Shopee.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend