Xiaomi Mi CC9 Pro Disahkan Sokong Bateri Berkapasiti 5260mAh Dengan Pengecasan Pantas 30W Comments Off on Xiaomi Mi CC9 Pro Disahkan Sokong Bateri Berkapasiti 5260mAh Dengan Pengecasan Pantas 30W

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di China pada 5 November 2019 nanti, Xiaomi Mi CC9 Pro sebelum ini telahpun dilaporkan akan menyokong penta kamera beresolusi 108MP. Malah melalui laman rasmi Xiaomi di Weibo, rekaan sebenar peranti ini sudahpun didedahkan melalui perkongsian gambar dan juga video rasmi.

Menariknya baru-baru ini satu lagi ciri menarik pada Mi CC9 Pro telah diumumkan iaitu menyaksikan sokongan bateri yang sangat besar mencecah 5260mAh. Tidak cukup dengan itu, proses mengecasnya juga telah disahkan akan jauh lebih pantas dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 30W.

Melalui imej acah yang dikongsikan, bateri pada Xiaomi Mi CC9 Pro boleh dicas penuh dalam masa hanya 65 minit sahaja. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada palam kuasa 30W itu akan didatangkan sekali dalam pakej pembelian ataupun perlu dibeli secara berasingan.

Baca juga:

Xiaomi Mi CC9 Pro Akan Dilancarkan Pada 5 November Ini Dengan Kamera 108MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend