Xiaomi Mi CC9, CC9e Dan CC9 Meitu Custom Edition Kini Rasmi Dengan Sokongan Tiga Kamera Dan Panel Super AMOLED Comments Off on Xiaomi Mi CC9, CC9e Dan CC9 Meitu Custom Edition Kini Rasmi Dengan Sokongan Tiga Kamera Dan Panel Super AMOLED 276

Akhirnya penantian untuk menyaksikan kemunculan rasmi tiga peranti terbaharu daripada Xiaomi telahpun terjawab selepas Mi CC9, Mi CC9e dan juga Mi CC9e Meitu Custom Edition dilancarkan di China. Disasarkan untuk pasaran telefon pintar kelas pertengahan, ketiga-tiga model ini memiliki penampilan fizikal yang sama iaitu paparan skrin Super AMOLED dengan takuk kecil dan juga menawarkan keupayaan tiga kamera.

Xiaomi Mi CC9

Model ini telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 710, dan ia menyokong kapasiti RAM sebesar 6GB serta ruang storan sehingga 128GB. Prestasi permainan mudah alih pada Mi CC9 turut dibantu dengan kehadiran teknologi Game Turbo 2.0 yang mampu menjanjikan kelancaran permainan pada paparan skrin Super AMOLED berukuran 6.39 inci FHD+.

Dioperasikan oleh MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie, Mi CC9 menyokong keupayaan penggambaran tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.79, Sony IMX586) + 8MP (f/2.2, Ultra Wide Angle) + 2MP (f/2.4, Depth sensor), dan juga kamera depan beresolusi 32MP (f/2.0). Ia juga turut dijana dengan bateri berkapasiti 4030 mAh yang tersedia dengan teknologi Quick Charge 4.0 (18W).

Xiaomi Mi CC9e

Berbeza dengan Mi CC9, model ini tampil dalam saiz kerangka yang lebih kompak dengan sokongan panel Super AMOLED sebesar 6.08 inci HD+ (1560 x 720 piksel). Dengan sokongan nisbah 19.5:9, Mi CC9e turut tersedia dengan pengimbas cap jari di dalam skrin generasi ke-7 dan juga fungsi Always-On Display sama seperti dua model lagi.

Mi CC9e merupakan telefon pintar pertama di pasaran yang dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 665 yang turut menampilkan GPU Adreno 610 dan Game Turbo 2.0. Dari segi keupayaan penggambaran, Mi CC9e mengekalkan sokongan resolusi yang sama untuk kamera depan dan juga belakangnya. Namun kapasiti bateri 4030 mAh pada peranti ini hanya menyokong teknologi Quick Charge 3.0 (10W).

Xiaomi Mi CC9 Meitu Custom Edition

Selain dua model di atas, Xiaomi turut hadir dengan satu lagi edisi khas yang dikenali sebagai Mi CC9 Meitu Custom Edition. Secara keseluruhannya, spesifikasi yang disokong oleh Mi CC9 Meitu Custom Edition ini sama sahaja seperti model Mi CC9. Apa yang membezakan antara dua model ini adalah ruang storan dan juga kapasiti RAM yang lebih besar iaitu 8GB + 256GB.

Walaupun turut memiliki sokongan tiga kamera, keupayaan penggambaran pada Mi CC9 Meitu Custom Edition telah mendapat sentuhan eksklusif daripada Meitu. Apa yang istimewanya, ia hadir dengan sokongan mod potret AI di dalam persekitaran gelap, rakaman video potret, dan juga efek kecantikan untuk keseluruhan badan.

Harga dan ketersediaan

Xiaomi Mi CC9 dan Mi CC9e boleh dimiliki dalam tiga warna pilihan iaitu White Lovers, Dark Blue dan juga Black. Manakala Xiaomi Mi CC9 Meitu Custom Edition pula hanya ditawarkan dalam satu warna tunggal iaitu Pearl White. Xiaomi akan mula menjual model Mi CC9 dan Mi CC9 Meitu Custom Edition pada 5 Julai, dan Mi CC9e pula akan dijual bermula 9 Julai ini.

Xiaomi Mi CC9:

  • 6GB + 64GB – CNY1,799 (~RM1,082)
  • 6GB + 128GB – CNY1,999 (~RM1,202)

Xiaomi Mi CC9e:

  • 4GB + 64GB – CNY1,299 (~RM781)
  • 6GB + 64GB – CNY1,399 (~RM842)
  • 6GB + 128GB – CNY1,599 (~RM962)

Xiaomi Mi CC9 Meitu Custom Edition:

  • 8GB + 256GB – CNY2,599 (~RM1,563)

Baca juga:

Qualcomm Perkenal Cipset 8nm Pertama Dengan Snapdragon 730/730G – Snapdragon 665 Turut Diumumkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend