Xiaomi Mi Band 4 Berharga RM149 Kini Sudah Boleh Dibeli, Manakala Xiaomi Mi 9T 128GB Akan Ditawarkan Bermula 27 Jun – Shopee Malaysia Comments Off on Xiaomi Mi Band 4 Berharga RM149 Kini Sudah Boleh Dibeli, Manakala Xiaomi Mi 9T 128GB Akan Ditawarkan Bermula 27 Jun – Shopee Malaysia 403

Semalam baru sahaja Xiaomi Malaysia melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharunya dengan kemunculan model Xiaomi Mi 9T untuk pasaran tempatan. Menariknya Shopee Malaysia telah mengumumkan penawaran Xiaomi Mi Band 4 dan juga Xiaomi Mi 9T varian 128GB melalui kedai rasmi Xiaomi Global Store.

Sungguhpun Mi Band 4 tidak ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan, anda kini boleh memiliki peranti kecergasan itu akan ditawarkan dengan jaminan waranti rasmi daripada Xiaomi Malaysia. Mi Band 4 yang boleh dimiliki pada harga RM149 yang sudah boleh dimiliki bermula 20 Jun 2019 ini menampilkan sokongan skrin AMOLED berukuran 0.96 inci dengan ciri kalis air dan juga ketahanan bateri sehingga 20 hari.

Bersempena dengan kempen ‘Shopee Men’s Sale’ yang berlangsung sehingga 23 Jun 2019, setiap pembelian Mi Band 4 akan turut menerima baucar RM5 tanpa pembelian minimum, hanya melalui pembelian di Xiaomi Global Store sahaja.

Selain itu, anda juga boleh memiliki Xiaomi Mi 9T (6GB + 128GB) pada harga RM1,399 dan ia boleh dibeli bermula 27 Jun nanti di platform Shopee. Lebih istimewa, setiap pembelian peranti ini akan turut menerima hadiah percuma iaitu Redmi Air Dots (bernilai RM129). Sebagai tambahan, apabila anda mengikuti (follow) kedai rasmi Xiaomi Global Store dan membeli Xiaomi Mi 9T akan turut menerima hadiah tambahan iaitu Mi Compact Bluetooth Speaker 2 (bernilai RM49.90) secara percuma.

Bermula 20 hingga 30 Jun 2019, anda juga boleh mendapatkan baucar RM30 apabila anda membelanjakan RM1,000 untuk pembelian produk dari kategori ‘Mobile & Gadgets’. Untuk menikmati tawaran hebat ini, anda hanya perlu menggunakan kod promo ‘JUNMOBILE30’ apabila ingin membuat pembayaran.

Tidak cukup dengan itu, pada 24 Jun 2019, anda juga berpeluang untuk memiliki Xiaomi Mi 9T pada harga hanya RM1 melalui aktiviti ‘One or Not’ yang dianjurkan oleh Shopee. Sekiranya tidak terpilih, RM1 itu akan dikembalikan semula kepada pembeli yang menyertai aktiviti ini.

Baca juga:

Xiaomi Mi 9T Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1199

Xiaomi Mi Band 4 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Panel AMOLED 0.95″, Ciri Kalis Air 5ATM Dan NFC

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend