Xiaomi Mi Band 3 Berjaya Mencatatkan Rekod Jualan Mencecah 1 Juta Unit Dalam Tempoh 17 Hari Comments Off on Xiaomi Mi Band 3 Berjaya Mencatatkan Rekod Jualan Mencecah 1 Juta Unit Dalam Tempoh 17 Hari

Peranti boleh pakai keluaran Xiaomi iaitu Mi Band sememangnya mendapat sambutan yang positif daripada pengguna kerana ia menjanjikan spesifikasi yang baik pada harga yang sangat mampu milik. Pada 31 Mei 2018 yang lalu, Xiaomi telah mengumumkan kemunculan generasi terbaru peranti boleh pakai keluarannya itu dengan kehadiran model Mi Band 3.

Apa yang menariknya, baru-baru ini CEO Xiaomi iaitu Lei Jun telah berkongsi bahawa sambutan Mi Band 3 adalah di luar jangkaannya kerana berjaya mencatatkan rekod jualan mencecah 1 juta unit dalam tempoh 17 hari ia dijual. Mi Band 3 yang mula dijual pada 5 Jun 2018 ini telah menampilkan paparan skrin sentuh OLED berukuran 0.78 inci, sensor heart rate, kalis air sehingga 50 meter dan juga menyokong ketahanan bateri sehingga 20 hari.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend