Xiaomi Mi Air 2s Diperkenalkan Dengan Hayat Bateri Sehingga 24 Jam Comments Off on Xiaomi Mi Air 2s Diperkenalkan Dengan Hayat Bateri Sehingga 24 Jam

Xiaomi Mi Air 2s merupakan TWS terbaru yang diperkenalkan oleh Xiaomi, ia menawarkan bateri dengan hayat sehingga 24 jam serta teknologi Bluetooth yang dipertingkatkan. TWS ini ditawarkan di China pada ketika ini dengan pra-tempah dibuka pada harga CNY400 (~RM246) seunit.

Ketersediaan fon telinga tanpa wayar sebenar ini dijangka akan menembusi pasaran global tidak lama lagi. Sebelum itu, spesifikasinya hadir dengan pemacu audio berkualiti tinggi sebesar 14.2mm yang juga menyokong sambungan Bluetooth 5.0 menggunakan LHDC berpendaman rendah – pilihan alternatif kepada Qualcomm aptX-HD.

Xiaomi Mi Air 2s didatangkan dengan bekas yang menyokong pengecasan tanpa wayar Qi atau boleh dicas menerusi port USB-C di bahagian bawah. Pengecasan penuh mengambil masa sejam dan boleh memainkan semula lagu selama 5 jam dan dicampur dengan bateri pada bekas ia mampu menawarkan hayat bateri sehingga 24 jam iaitu 70% lebih lama berbanding generasi sebelumnya.

Xiaomi menggunakan mikrofon penyenyap suara bagi menggantikan sokongan pembatalan hingar yang tidak disertakan. TWS ini dilengkapi sensor IR yang boleh menghentikan lagu seketika apabila mengesan pengguna menanggalkannya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend