Xiaomi Mi A2 Lite Dengan Harga RM699 Disahkan Akan Dijual Pada 18 Ogos 2018 Comments Off on Xiaomi Mi A2 Lite Dengan Harga RM699 Disahkan Akan Dijual Pada 18 Ogos 2018

Selain mengumumkan harga dan juga ketersediaan model Mi A2 di Malaysia, Xiaomi Malaysia juga nampaknya turut mendedahkan bahawa model Mi A2 Lite akan mula dijual untuk pasaran tempatan bermula 18 Ogos nanti dengan harga jualan hanya RM699. Walau bagaimanapun hanya satu varian boleh dimiliki iaitu 32GB + RAM 3GB.

Walaupun ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik, Xiaomi Mi A2 Lite turut dioperasikan dengan platform Android One berasaskan Android 8.1 Oreo. Namun begitu ia hadir dengan sokongan pemproses yang sedikit rendah iaitu Qualcomm Snapdragon 625, sokongan dwi kamera utama beresolusi 12MP + 5MP, dan juga kamera hadapan 5MP.

Berbeza dengan model Mi A2, Xiaomi Mi A2 Lite ini menyokong saiz skrin yang lebih kecil berukuran 5.84 inci FHD+ dengan rekaan takuk. Selain itu, Mi A2 Lite juga hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu sebesar 4000 mAh tanpa sokongan pengecasan pantas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend